Wednesday, May 12, 2010

Post ini agak serius..

Sedih aku melihat berita semalam.

Kpl Jenain being escorted out of the Shah Alam Sessions 
Court yesterday after he was charged with culpable 
homicidenot amounting to murder in the shooting of 
Aminulrasyid.
 (diambil dari The Star)

Anggota polis berpangkat koperal, Jenain Subi didakwa atas tuduhan
menyebabkan kematian Aminulrashid Amzah di hadapan hakim M.Gunalan.

Kpl Jenain berdepan hukuman penjara 30 tahun dan denda jika didapati bersalah. Hakim M.Gunalan menetapkan jaminan RM10,000 dan tarikh 10 Jun untuk sebutan semula kes ini.

Penasihat Kpl Jenain's Bashir Salim memberitahu mahkamah bahawa Kpl Jenain mendapat gaji bulanan sebanyak RM3,000 sementara isterinya, seorang guru hanya memperoleh gaji sekitar RM1,800 setiap bulan.

Kpl Jenain menyertai pasukan polis pada tahun 1985. Dia mempunyai rekod yang bersih. 

Kpl Jenain mempunyai 4 orang anak, 3 di antaranya masih bersekolah.

Aminulrasyid, 14, ditembak mati oleh polis setelah dia dipercayai cuba untuk mengundur 
 dan melanggar kereta polis yang mengejarnya. Akan tetapi, versi ini telah disangkal oleh 
rakannnya Azamuddin Omar, 15, yang bersamanya di dalam kereta pada malam kejadian. 


Kronologi Kejadian
(foto diambil dari Malaysian Insider)


Pada pendapat aku, Kpl Jenain hanya menjalankan tugasnya. 
 Tapi tindakan Kpl Jenain melepaskan tembakan adalah tidak sepatutnya. 
Manalah kita tahu apa yang sebenarnya berlaku pada malam kejadian 
sehinggakan Kpl Jenain melepaskan tembakan. Takkanlah Kpl Jenain 
nak tembak suka2 kot. Kalaulah polis melengkapkan kereta peronda yang 
mempunyai kamera. Mungkin ia boleh menceritakan kepada umum 
tentang perkara sebenar yang berlaku. 

(diambil dari Google Images)

Usul untuk memasang kamera pada kereta peronda polis telah dikemukakan 
empat tahun yang lalu tetapi tidak dapat dilaksanakan sebab kekurangan dana. 
Polis di Amerika Syarikat mula memasang kamera pada kereta peronda pada lewat 80-an. 
Malaysia bila lagi? Takkanlah sampai berpuluh2 orang yang ditembak baru nak pasang kot?

Apa agaknya masa depan anak-anak Kpl Jenain? Jikalau bapanya didapati 
bersalah, mereka akan kehilangan seorang bapa dan tempat mereka bergantung. 
Ibunya pula hanya seorang guru berpendapatan sederhana.
Mampukah menyara 4 orang anak?
Mungkin anak2nya tidak mahu menjadi seorang polis seperti bapanya
kerana berpendapat kerjaya itu membahayakan diri-sendiri.
Siapa tahu?

Apa-apa pun kita tunggu keputusan akhir kes ini.

(p/s : kalaulah si Allahyarham Aminulrashid tidak keluar pada malam tersebut, tidak akan berlaku hal sebegini.)

7 comments:

  1. waahhh, nih the first people yangg sokongg polis!
    betol jugakk kita tak tau ape jadik there!
    tapiii......
    entahh la agak kurang patot kot!
    budak bwh umor kann..
    tapi tahh, tak tau sgt! hehe.

    ReplyDelete
  2. aku pun tak nak bagi anak akujadi polis... buat kerja salah tak buat kerja pun salah... :(

    ReplyDelete
  3. AISHA SAAD : bukan sokong tapi prihatin. hehehe.. bukan saya sorang je. ramai la. cube tgk --> http://www.facebook.com/pages/Justice-for-Kpl-Jenain-Subi/118532898178499

    Papabear : Sy pun ada gak bercita-cita jadi seorang polis mase kecik2 dulu.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. konklusi nya : kedua-dua nya bersalah..
    dan setiap kejadian yg berlaku,
    ada hikmah di sebalik nya.

    apa yg baik di jadi kan pedoman,
    dan yg buruk di buat kan iktibar..

    http://liezkusut.blogspot.com/2010/05/ariff-shah-usha-little-amoi-part-ii.html

    ReplyDelete
  5. ya aisha saad, setuju ngan faiz. ramai lagi yang buat pos tak memihak kepada mana2.

    faiz, kesian ko anok2 dio.

    ReplyDelete
  6. moga kebenaran terungkai suatu hari nnti..

    we'll see..

    ReplyDelete