Saturday, September 11, 2010

2nd day of Raya..

Salam... It's second day of Raya everyone. Well, for sure all of us are visiting relative or friends' house. I get angpow raya and sometimes not. It depends. Some people think that i might be too old for getting angpow. When i was a child, people told me that little kid cannot hold too much money. Yet, when i become a youth like what i am right now, i don't get angpow.. Silly old people talking.. It's hot here. Cannot stand with the weather but what can we do bout it? Nothing. Just stay put. Okay. I'm using my cousin's smartphone to post this. Nokia E63 you.. Mine? Just a regular one. Hik3.. Wait till i'm working i'm going to buy phone like this one day..

Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA!

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
buat semua yang mengenali diri saya.
Blog ini mungkin tidak dikemaskini seminggu.
Sekiranya ada internet dan idea, insyaAllah saya kemaskinikan.
Di sini saya sertakan kad raya yang telah lama terperam di facebook.
Saje nak letak akhir2 sebagai post terakhir sebelum balik beraya.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


p/s : amacam? ade style x? muahahaha..

Nur Yana Petersen Peluk Islam, Fasih Berbahasa Melayu..

Allah beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 
- Surah Al-Qasas, ayat 56.

Beruntunglah orang-orang yang terpilih oleh-Nya untuk memeluk Islam.
Saya berasa amat bersyukur atas berita gembira ini.
Sesiapa yang mahu mendekati, mengenali dan memeluk Islam, 
bolehlah mengetahui pengalaman beliau ketika dan selepas 
memeluk agama yang benar ini dengan menonton video di bawah.


Kefasihan Nur Yana berkomunikasi dalam bahasa Melayu 
memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tontonlah video di bawah kalau anda tidak percaya.
Bandingkanlah dengan warganegara kita yang 
menetap bertahun-tahun lamanya tetapi GAGAL bertutur 
dalam bahasa Melayu dengan baik.
Sekiranya gadis Jerman ini boleh, mengapa tidak anda?


Keislaman Nur Yana diharap agar membuka mata 
dan minda masyarakat dunia akan tertarik dengan keindahan 
dan keunikan Islam dan tidak memandang negatif 
terhadap Islam dengan mengaitkan Islam dengan keganasan. 
Islam tidak pernah menganjurkan keganasan.


[Harian Metro] KUALA LUMPUR: Tertarik dengan cara umat Islam mengerjakan solat, seorang gadis Jerman terbuka hati memeluk Islam walaupun pada mulanya perubahan itu ditentang bapa yang beragama Kristian.
Nur Yana Petersen, 24, dari Hamburg, Jerman tertarik dengan Islam selepas melihat ibu angkatnya menunaikan solat ketika mengikuti program pertukaran pelajar peringkat antarabangsa, AFS Antarabudaya Malaysia (AFS) pada 2003.
“Pada mulanya, saya bertanya ibu angkat pelbagai soalan mengenai cara hidup Islam seperti solat dan puasa. Entah kenapa, semakin mendapat jawapan, saya semakin tertarik mengenali Islam.

“Sebaik pulang ke Jerman setahun kemudian, saya mula mendekati rakan beragama Islam dari Turki dan Bosnia untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan agama ini sehingga bertambah yakin kebenaran Islam,” katanya yang ditemui di kediaman ibu angkatnya, Fauziah Mohd Thani untuk menyambut Ramadan di sini, baru-baru ini.


Nur Yana kemudian kembali ke Malaysia dan cuba berpuasa di rumah Fauziah.


“Selepas yakin menemui jalan kebenaran, saya pulang ke Jerman dan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg sehari sebelum Aidilfitri pada 2006.


“Saya memaklumkan ibu yang menerima pegangan baru saya asalkan saya gembira, cuma bapa bimbang kerana disogok laporan media yang mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.


Katanya, dia perlahan-lahan menjelaskan kepada keluarganya mengenai Islam dan tidak keterlaluan menunjukkan perubahan diri.


“Apabila saya tidak tergesa-gesa, mereka boleh menerima, contohnya buat permulaan solat secara sembunyi. Pasti berbeza jika saya memakai hijab sehari selepas memeluk Islam,” katanya.


Katanya, kini ibu bapa dan rakan menerima cara hidup barunya.


“Alhamdulillah, mereka memahami, malah berusaha memastikan saya selesa, misalnya jika sukar mendapat daging atau ayam halal, ibu memasak ikan untuk saya.


“Selepas yakin menemui jalan kebenaran, saya pulang ke Jerman dan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg sehari sebelum Aidilfitri pada 2006.


“Saya memaklumkan ibu yang menerima pegangan baru saya asalkan saya gembira, cuma bapa bimbang kerana disogok laporan media yang mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.


Katanya, dia perlahan-lahan menjelaskan kepada keluarganya mengenai Islam dan tidak keterlaluan menunjukkan perubahan diri.


“Apabila saya tidak tergesa-gesa, mereka boleh menerima, contohnya buat permulaan solat secara sembunyi. Pasti berbeza jika saya memakai hijab sehari selepas memeluk Islam,” katanya.


Katanya, kini ibu bapa dan rakan menerima cara hidup barunya.


“Alhamdulillah, mereka memahami, malah berusaha memastikan saya selesa, misalnya jika sukar mendapat daging atau ayam halal, ibu memasak ikan untuk saya.


“Rakan yang menjemput saya menghadiri majlis juga menyediakan jus, kerana biasanya mereka menyediakan minuman beralkohol,” katanya.


Katanya, ada kalanya sukar beribadat di negara asal.


“Bagaimanapun, jiwa saya tenang kerana saya percaya apa yang berlaku sama ada baik atau buruk sudah ditentukan Allah,” katanya. - Muhd Izawan Baharin

Video :


Wednesday, September 08, 2010

Packing2 nk balik kampung!

Salam.. tulis entry ni pun lepas habis packing..
Yeay! esok balik kampung..
Kereta dah ready, pakaian ready, kamera ready..
so ape tunggu lagi..
Cadangnya nk btolak pkul 2ptg td.. tapi rase2nya sampai malam kot kt kampung..
Mak saya ckp baik btolak lepas sahur esok..
Bahaya drive malam2.. Xbrani sgt..
Safety first!
Tahun ni mood raye xdela brape sgt.. Biase2 je..
Kalu tgk org len, mmg raye abis lah~ hak3..
Akak Anne Boleyn pun buat rebonding tau! Hik3..
Kalau sape2 nk rebonding harge rm89, boleh tanye dier..


tgk tu.. dah packing..

mode of transport..


jom layan videoklip ni.. Kesian kat Hitler xleh nk beraya..








p/s : kelantan mmg sesak.. nk kuar pegi beli air depan umah aku pun jam.. mcm kat bandaraya lak umah aku ni.. hahaha..

BUKA PUASA DAN FUTSAL FARISIAN 0307-0607

Majlis berbuka puasa bertempat di Restoran Sri Chengmai
dihadiri lebih kurang 30 orang.
Tak pasai2 kena bayar RM40 disebabkan kekurangan orang.
Total semua skali RM920+/-. 4 meja ditempah khas untuk event ini.
Gambar2 semua diupload di facebook.
First time upload 160 gambar sekaligus.
Hahaha.. Adelah dalam 5 minit siap. Boleh tahan gak facebook ni.
Ni antara gambar2nya..

tu dia..

byk gak lauk..

rakan semeja..

bsama nizam skinzorro dan imeranz..


Selesai bbuka puasa, masing2 ke masjid Semesta utk solat Isya' dan terawih.. Maghrib kat surau Chengmai.
Dalam pada itu, ada jugak yang berkesempatan untuk bkunjung ke KBMall..
Beli gapo x tau..

suasana terawih di Masjid Semesta..

Pukul 10 mlm, kita btolak ke Arena Sport di Pengkalan Chepa
untuk acara futsal. Sesi futsal 2 jam.
Berikut antara gambar2nya..

ini syafiq adli..

syahrom kembali mjadi goalie..

ini aye campo. jiwa kacau.

nilah antara muka2 yg pegi futsal..

Caj penggunaan semua skali RM120. Sy tpaksa balik selepas selesai futsal manakala yang lain mungkin lepaking dan minum2 di gerai.


p/s: utk gambar lain, boleh lihat di Facebook.

Sunday, September 05, 2010

Tips sebelum balik kampung...

Sudah tiba masanya kita semua yang beragama Islam pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri di sana... Mak saya kata, "Kita mesti balik kampung selagi ibu dan ayah (atuk dan nenek) masih ada." You're right, mum! 10 points.

Sebelum balik beraya di kampung masing-masing, apa kata kita baca tips-tips atau panduan ini :

Tips keselamatan di rumah :

1. Pastikan gas memasak ditutup untuk mencegah daripada berlakunya kebakaran.

2. Pastikan rumah dikunci dan tingkap2 ditutup.

3. Segala peralatan elektrik ditanggalkan kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan
 menyebabkan berlakunya litar pintas.

4. Komputer2 peribadi di rumah ditutup dengan kain pelikat @ penutup komputer yang dibeli di kedai ataupun disimpan dalam kotak. Nanti kena curi susah pulak nak kemaskini blog.

5. Haiwan peliharaan seperti kucing diamanahkan kepada jiran yang tidak balik kampung supaya diberi makan dan minum atau dihantar ke hotel (klinik haiwan).

6. Segala dokumen penting disimpan di tempat yang selamat.

7. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita di rumah atau laporkan kepada pihak polis supaya kawasan perumahan kita dipantau oleh pihak polis.


Tips keselamatan di jalan raya :

1. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik atau diservis sebelum memulakan perjalanan.

2. Baca doa sebelum memulakan perjalanan.

3. Berhenti dan berehat seketika sekiranya mengantuk.

4. Jangan memandu terlalu laju. Kadang2 kelajuan boleh menyebabkan kita hilang kawalan dan terbabas.

5. Kalau berlaku kemalangan, mangsa perlu cepat-cepat keluar dari kenderaan.

6. Cabut kepala bateri bila berlaku kemalangan untuk mengelakkan terjadinya litar pintas.

Kalau anda tak boleh balik kampung, apa kata bawa kampung balik untuk bersama anda macam iklan raya Petronas ini.. layan....







p/s : Berhati-hati di jalan raya. Kepulanganmu dinanti-nantikan oleh mereka di kampung.