Sunday, May 23, 2010

Hari yang memenatkan..

Pada saat dan ketika aku menaip post ini, aku masih lagi
pening, letih dan kurang waktu tidur.
Jam 9.30 malam semalam, gangguan elektrik berlaku di kawasan rumah aku. 
Tapi yang menghairankan, rumah belakang aku ada pulak elektrik. Cis.Kurang asam.
Nasib baik adikku sempat menggosok baju sekolahnya. 
Aku dan adik-adik ketika itu berada dalam keadaan panas.
Bila kami keluar rumah, kawasan sekeliling tidaklah gelap dan diterangi oleh cahaya bulan.
Indahnya bintang2 berkedipan. Adikku berkata, "Wahh.. Banyaknya bintang!!!"
Sempatku merakam gambar bulan dan bintang.

 terang bulan~

 bintang di langit~

Kira-kira pukul 1.00pagi barulah bekalan elektrik ada dan keadaan pulih seperti sediakala.
Aku lekas bangun dan pasang suis aircond. Kesian aku melihat adik-adik kepanasan.
Lepas itu, aku terus online sebentar dan menonton filem sampai keesokan paginya.

Tepat jam 6.00pagi, aku gerak adik-adik untuk mempersiapkan diri ke sekolah.
Gorenglah nugget, corn fingers dan prawn balls untuk sarapan pagi adik-adik.
Cikgu Za (jiran aku) yang hantar mereka ke sekolah kerana destinasi mereka sama.
Aku menyidai pakaian dan terus sambung menonton filem.


2 movie yg aku tgk pagi tadi ~
review? malaslah buat masa ni..

Dalam fikiranku, nak tidur, bimbang terjadi peristiwa lalu di mana adik-adikku 
terpaksa menunggu hampir satu jam kerana aku terlelap dibuai mimpi. 
Tahu-tahu jelah yang aku ni susah sikit nak bangun walaupun digerak orang. 
Inikan tiada orang nak gerak. Memang tak bangunlah aku.

Bila masa aku off PC pukul 1.00 petang, aku pergilah tanam pokok mangga yang 
aku tanam hari tu kat belakang rumah. Lepas tu, bila aku nak pasang lampu bilik air, 
tak nyalalah pulak.Rupa-rupanya, bekalan elektrik terputus sekali lagi.. Aiyoo.. Tensen!!! 
Aku pergilah keluar beli makanan tengah hari dan pergi ambil adik-adikku dari sekolah.

Lepas balik, aku telefonlah TNB Careline, tanya pasal gangguan bekalan kat rumah aku.
Gadis yang bercakap denganku ketika itu berkata, "Maaf. Skuad kami sedang pasang 
transformer baru dekat masjid berdekatan rumah encik. Emergency. 
Jangkaan bekalan elektrik disambung semula mungkin pukul 4 @ 5 petang ini."

 agak2 macam ni kot rupa transformer tu~

Apaa??? Lama tu.. Adikku yang kecik ajak aku pergi KBMall. 
Tinggallah adik aku yang sorang lagi sebab dia kena study. Ada exam esok.
Jalan2 je. Lagipun masa tu, aku rasa seperti orang gila. Tak cukup tidur. Faham-faham jelah.
Sempatla beli kereta baru untuk adik aku. Fuhh..bunyi cam orang kaya laks..

 kereta Ferrari.. Tauke tu cakap kereta ni baru je sampai pagi tadi~

Balik pukul 4.30 petang, masih lagi tiada elektrik. Adess...
Ntah macam mana, aku tertidur la pulak.
Pukul 7.30 petang tadi aku baru tersedar. Pening macam sekarang ini. 
Aku tanya adik aku, bila ada balik elektrik. Dia cakap, "baru je...".
Lorh.. dekat 5 jam tu..
Pukul 8.15 malam, aku pergi anta adik aku pergi tuisyen.
Kejap lagi pukul 10.30 malam kena ambik la pulak.
Letihnya.. Nak tidurlah lepas ambik adik aku pasni..

macam ni kot rupa aku bila tido nanti~ kui3..


p/s: tidak tahu mengapa rasa nak tulis post dalam BM. panjang berjela post aku kali ni. 
Sori la kalau boring.. =P

7 comments: