Sunday, September 05, 2010

Tips sebelum balik kampung...

Sudah tiba masanya kita semua yang beragama Islam pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri di sana... Mak saya kata, "Kita mesti balik kampung selagi ibu dan ayah (atuk dan nenek) masih ada." You're right, mum! 10 points.

Sebelum balik beraya di kampung masing-masing, apa kata kita baca tips-tips atau panduan ini :

Tips keselamatan di rumah :

1. Pastikan gas memasak ditutup untuk mencegah daripada berlakunya kebakaran.

2. Pastikan rumah dikunci dan tingkap2 ditutup.

3. Segala peralatan elektrik ditanggalkan kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan
 menyebabkan berlakunya litar pintas.

4. Komputer2 peribadi di rumah ditutup dengan kain pelikat @ penutup komputer yang dibeli di kedai ataupun disimpan dalam kotak. Nanti kena curi susah pulak nak kemaskini blog.

5. Haiwan peliharaan seperti kucing diamanahkan kepada jiran yang tidak balik kampung supaya diberi makan dan minum atau dihantar ke hotel (klinik haiwan).

6. Segala dokumen penting disimpan di tempat yang selamat.

7. Beritahu jiran tentang ketiadaan kita di rumah atau laporkan kepada pihak polis supaya kawasan perumahan kita dipantau oleh pihak polis.


Tips keselamatan di jalan raya :

1. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik atau diservis sebelum memulakan perjalanan.

2. Baca doa sebelum memulakan perjalanan.

3. Berhenti dan berehat seketika sekiranya mengantuk.

4. Jangan memandu terlalu laju. Kadang2 kelajuan boleh menyebabkan kita hilang kawalan dan terbabas.

5. Kalau berlaku kemalangan, mangsa perlu cepat-cepat keluar dari kenderaan.

6. Cabut kepala bateri bila berlaku kemalangan untuk mengelakkan terjadinya litar pintas.

Kalau anda tak boleh balik kampung, apa kata bawa kampung balik untuk bersama anda macam iklan raya Petronas ini.. layan....







p/s : Berhati-hati di jalan raya. Kepulanganmu dinanti-nantikan oleh mereka di kampung.

4 comments:

  1. Kalau drive tu, make sure ada member kat sbelah yang boleh tolong ketuk kepala kita kalau nak terlelap

    ReplyDelete
  2. @sabree hussin
    - bagus.. penambahbaikan..
    tp bahaye gak ketuk2 ni.. tak pasal2 terbabas..huhu..

    ReplyDelete
  3. have a blessed eid fitr capt..!!! tak suka north south hiway tapi kena redah jgk to get to in law's place.. glad tht polis dah announce can use the emergency lane..

    ReplyDelete
  4. @MULAN
    - thanks.. u too.. yup. cekap abg2 polis kite ni.. raye2 pun tetap kena gi kerja.. salute!

    ReplyDelete