Thursday, September 09, 2010

Nur Yana Petersen Peluk Islam, Fasih Berbahasa Melayu..

Allah beri hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. 
- Surah Al-Qasas, ayat 56.

Beruntunglah orang-orang yang terpilih oleh-Nya untuk memeluk Islam.
Saya berasa amat bersyukur atas berita gembira ini.
Sesiapa yang mahu mendekati, mengenali dan memeluk Islam, 
bolehlah mengetahui pengalaman beliau ketika dan selepas 
memeluk agama yang benar ini dengan menonton video di bawah.

Kefasihan Nur Yana berkomunikasi dalam bahasa Melayu 
memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tontonlah video di bawah kalau anda tidak percaya.
Bandingkanlah dengan warganegara kita yang 
menetap bertahun-tahun lamanya tetapi GAGAL bertutur 
dalam bahasa Melayu dengan baik.
Sekiranya gadis Jerman ini boleh, mengapa tidak anda?

Keislaman Nur Yana diharap agar membuka mata 
dan minda masyarakat dunia akan tertarik dengan keindahan 
dan keunikan Islam dan tidak memandang negatif 
terhadap Islam dengan mengaitkan Islam dengan keganasan. 
Islam tidak pernah menganjurkan keganasan.

[Harian Metro] KUALA LUMPUR: Tertarik dengan cara umat Islam mengerjakan solat, seorang gadis Jerman terbuka hati memeluk Islam walaupun pada mulanya perubahan itu ditentang bapa yang beragama Kristian.
Nur Yana Petersen, 24, dari Hamburg, Jerman tertarik dengan Islam selepas melihat ibu angkatnya menunaikan solat ketika mengikuti program pertukaran pelajar peringkat antarabangsa, AFS Antarabudaya Malaysia (AFS) pada 2003.
“Pada mulanya, saya bertanya ibu angkat pelbagai soalan mengenai cara hidup Islam seperti solat dan puasa. Entah kenapa, semakin mendapat jawapan, saya semakin tertarik mengenali Islam.

“Sebaik pulang ke Jerman setahun kemudian, saya mula mendekati rakan beragama Islam dari Turki dan Bosnia untuk bertanyakan lebih lanjut berkaitan agama ini sehingga bertambah yakin kebenaran Islam,” katanya yang ditemui di kediaman ibu angkatnya, Fauziah Mohd Thani untuk menyambut Ramadan di sini, baru-baru ini.

Nur Yana kemudian kembali ke Malaysia dan cuba berpuasa di rumah Fauziah.

“Selepas yakin menemui jalan kebenaran, saya pulang ke Jerman dan mengucap dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg sehari sebelum Aidilfitri pada 2006.

“Saya memaklumkan ibu yang menerima pegangan baru saya asalkan saya gembira, cuma bapa bimbang kerana disogok laporan media yang mengaitkan Islam dengan keganasan,” katanya.

Katanya, dia perlahan-lahan menjelaskan kepada keluarganya mengenai Islam dan tidak keterlaluan menunjukkan perubahan diri.

“Apabila saya tidak tergesa-gesa, mereka boleh menerima, contohnya buat permulaan solat secara sembunyi. Pasti berbeza jika saya memakai hijab sehari selepas memeluk Islam,” katanya.

Katanya, kini ibu bapa dan rakan menerima cara hidup barunya.

“Alhamdulillah, mereka memahami, malah berusaha memastikan saya selesa, misalnya jika sukar mendapat daging atau ayam halal, ibu memasak ikan untuk saya.

“Rakan yang menjemput saya menghadiri majlis juga menyediakan jus, kerana biasanya mereka menyediakan minuman beralkohol,” katanya.

Katanya, ada kalanya sukar beribadat di negara asal.

“Bagaimanapun, jiwa saya tenang kerana saya percaya apa yang berlaku sama ada baik atau buruk sudah ditentukan Allah,” katanya. - Muhd Izawan Baharin

Video :

No comments:

Post a Comment