Friday, July 16, 2010

Kursus Asas Kamera DSLR

Hari ini hari yang amat meletihkan..
Kursus DSLR dianjurkan oleh MONSOON CONCEPTUAL PHOTOGRAPHY
bertempat di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu..
Bayaran kursus amat berpatutan iaitu RM150.00 selama 2 hari.
Mengajar asas-asas kamera DSLR dan praktikal..

Pagi tadi - Belajar dalam bilik gerakan mengenai asas-asas DSLR seperti
ISO, aperture, shutter speed, manual, bokeh, dan lain-lain.

Sedikit sahaja peserta berikutan terdapat peserta dari Terengganu terpaksa menarik
diri pada saat-saat akhir. Bagus untukku. Dapatlah perhatian sikit daripada abang
yang mengajar iaitu Abang Junaidy.

Baru sahaja selesai penggambaran seorang model berpakaian pengantin
berwarna merah jambu. Lokasi penggambaran berdekatan dengan sebuah
restoran iaitu Restoran Ukir di Pulau Melaka.

Agak memenatkan tetapi amat berpuas hati dengan apa yang dipelajari
pada hari ini. Esok pula post-mortem.
Ah sudah.. Pasti gambar-gambar yang diambil olehku akan dikritik
pedas oleh abang2 fotographer..

Inilah gambar2 yang dikira terbaik pada pandanganku..
Sebarang komen atau kritikan dialu-alukan..







 sempat juga saya mengambil foto dengan Jojo si model.. hehehe..

8 comments:

  1. gamba smart doh. model x smart. hahaha

    ReplyDelete
  2. @Amirul
    hahaha..
    nk wat gano..
    mujur jah ado..

    ReplyDelete
  3. great shot for a start...!!!

    ReplyDelete
  4. gambar okay... model tu je slack kot. lenkali soh die senyum nampak gigi. baru lah nampak ceria. susah2 sangat soh den ni je ha jadi model. hakhaktuii. :P

    ReplyDelete
  5. @Anne Boleyn
    hahaha.. model tu last minute.. Anne jd model? Boleh gaks.. hihihi

    ReplyDelete
  6. cantik2!!
    lepas ni leh amik gambar i lak..
    hehehe

    ReplyDelete