Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Saturday, June 05, 2010

musim demam agaknya..

Bertepatan dengan tajuk, maka anda boleh meneka kenapa saya
tak berblog buat seketika. Owh, nikmat sihat mulai terasa bila kita sakit.
Kadang2 kita tak sedar pun akan nikmatnya kesihatan yang dikurniakan kepada
kita. Betul tak? Bila sakit, barulah teringat.

Nasib tidak menyebelahi saya sebab sebelum datangnya demam selesema selepas
jangkit daripada abah, saya sudah pun mengalami demam panas. Dan nampaknya
selesema ini mulai reda pagi tadi tetapi kembali teruk akibat hujan lebat
yang melanda kawasan sekitar rumah. Rumah lain x hujan ke? Hishh..hujan la..

Khutbah jumaat kali ini agak lama daripada yang lepas2.. Isu Israel - Serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan, SEKS - Cerita pasal budak Tingkatan 1 dalam newspaper tu, dan lain-lain.
(duhh..x ingat da.. bukan tido ek..)

apa salahku..?

Pening kepala ku ini sudah masuk hari ke-2. makan cik panadol pun x hilang2
jugak peningnya.. Takut jugak nak makan panadol bila baca artikel ini ----> Scary Facts of Paracetamol
Dalam kepeningan ini, sempat jugak saya layan game Mukabuku Airline Manager.
Hehehe.. Baru je main der. Sebab dah boring main Farmville & Barn Buddy (lama dah tinggal),
Cafe World (baru je bukak tadi lepas beberapa bulan offline).
screenshot..


Buat masa ni, saya tengah menonton The Pacific.. Cerita perang2.. Dah tayang kat HBO
tapi tak sempat nk tgk. Hari tu tengok pun dah masuk episod berape dah.. 
Nasib baik jumpa download link. Hehehe..

lebih US $100 million untuk hasilkan 10 episod citer ini..

Okay la, saya nak masuk tidur... Esok jiran saya ada buat majlis perkahwinan.. 
kena pegi walaupun dalam keadaan sakit mcm ni.. uhuk3..

sebelum tu, tengokla skit foto2 yg sempat dirakam lepas solat Jumaat tadi~

Assalamualaikum.. boleh masuk?
Darling, i rindu la kat u.. kiss skit..

muahhh.. (padahal x kena pun.. hihihi..)

ni pulak kucing sy yg bernama Nicky. Rawr!!

Friday, May 28, 2010

Hari Jumaat yang biasa...

Bangun pagi..
Hari ni hantar mak ayah ke airport.
Ada function kat KL.





Hmm.. then breakfast..
Mamam nasi dagang beli kat tempat biase..
Then, online jap..

Dah berapa hari dah tak post something kat blog..
Demam panas der.. Ni semua adik aku la punya pasal.
Mula2 dia yang demam, pastu aku plak yang terkena tempias..
Teruk lak tu.. Nasib..nasib..

Apapun syukur Alhamdulillah.. hari ini sihat.. tapi x brape pasti 
sihat benar2 atau sihat ala kadar..
Semalam aku pi gunting rambut lepas isi minyak kete..
Habis rambut panjang aku ilang.. Tinggal sikit je rambut..
Mak aku cakap macam askar la plak..
Aku tak kisah. Lega skit. Rasa ringan lak..

Lepas solat jumaat tadi..
Adik aku terpekik telolong panggil aku suruh tengok mende..
Jeng3..

l
l
l
l
l
l